Tanggal 20feb 1990,aku menjejakkan kakiku diatas kapal M.V Bunga Melawis.Sememangnya kapal jenis ini yang kuidamkan untuk belayar dengannya.Sementelahan pula bersama sama dengan aku,teman satu badge di ALAM dulu.Apatah lagi Third officer adalah senior aku semasa di S.M.T KL dulu.memang ngamlah kami.Seorang Kadet senior kami memang ok juga kepalanya.Namanya Abdul Rahim.Dia ni orang Kuantan,Pahang.Dia ni tua setahun dari aku dan sama umur dengan Third Mate diatas kapal ni.Third mate aku namanya Iskandar dan Kadet yang satu badge dengan aku tu namanya Noor Ismail,dia ni orang Parit,Perak.O.K jugalah kepalanya,sebab dia ni muda sikit dari aku.Walau apapun mereka ni semua membuat aku begitu bahagia.
Untuk pengenalannya,kapal yang aku belayar ni namanya M.V Bunga Melawis.Ini adalah kapal kargo pengangkut habuk kayu(woodchips carrier).Panjangnya 190m dibina pada tahun 1993.Kapten kapal pada waktu itu adalah Captain OOI.Beliau ni memang cukup terkenal dikalangan mat mat kapal MISC pada waktu itu.Boleh tahan juga buli beliau ni.Tapi pada aku,kira boleh campur juga.Sebagai seorang Kadet,belayar dengan beliau dikira enjoy juga.Jadi atas kapal ni kami kadet ada tiga orang,maka setiap watch empat jam kena buat setiap orang.Jadi aku akan buat watch dengan Third Mate Iskandar dari 8-12 dan 2000-2400.Kadet Noor Ismail akan buat watch dengan Second Mate Vijay 12-1600 dan 0000-0400,dan Kadet Abdul Rahim pula akan buat Watch bersama Chief Mate Ramotharan dari jam 4-8 dan 1600-2000.Begitulah kira kira pembahagian kerja kami atas kapal ni.Apabila masuk ke pelabuhan lain pula ceritanya,sebab adalah diantara kami kena overtime sikit,sebab kena standby untuk masuk pelabuhan.Banyak persiapan nak dibuat.Kalau masuk tempat panas ok juga,tapi kalau masuk Eropah leceh sikit sebab kat sana tu sejuk ditambah pula dengan tiupan angin.Apalagi merah telinga kami dibuatnya,tepi bibir dah pucat mengertap gigi.Tapi yang untungnya crew bahagian enginelah,mereka rasa selesa sebab ruangan engine sememengnya panas.Kami dibahagian dek ni beruntung sebab semua aktiviti memasuki pelabuhan dapat kami nikmati permandangannya.Kalau dilaut pula kami dapat menghirup udara yang segar setiap hari.
Ada diantara kami anak anak kapal ni yang baru belayar pertama kali.Yang seronoknya aku tengok dia orang ni mabuk laut,sebab kadang kadang aku pun tumpang mabuk juga.Tapi tidaklah seteruk seperti aku mula mula mabuk dulu.Aku akan menyesuaikan diri dengan mabuk ni dengan tidak membiarkan perut kosong.Chief Steward masa tu seorang cina,namanya Jimmy,orang panggil dia Jimmy kengkang,kepala dia botak sikit,umurnya sekitar 50an.Dia ok juga dengan kami.AB waktu itu Nur Alam dia ni orang Penang,Abdul Rahim dia ni orang Melaka dan seorang lagi Abdul Rahim juga tapi dia ni mungkin orang Johor.
Hari pertama aku naik kapal telah berada di Pelabuhan Pasir Gudang,Jadi kami bersantai di situ selama seminggu untuk memuatkan habuk kelapa sawit(Palm Kernel Oil Expeller).Seterusnya kami berlayar ke Belawan ,Indonesia.Memang seronok rasanya tempat ni,sebab ianya ala kekampungan sedikit.Masaallahnya banyak yang mengaku Batak kat sini,kira dia orang nak pau geng mat kapal ni tak kira dari mana saja.Seronoknya bila sampai kat pekan Belawan kami nampak tak ada beza dengan dia orangni,jadi selamat sikit.Seronok juga kami disana walaupun berada diBelawan selama seminggu.Pernah kami tontong duit sikit sorang dan buat makan besar disalah sebuah rumah dikampung kenalan Third mate aku ni.Dia orang ni kenal kat discoteque,lalu terjadilah cinta seminggu.Aku tumpung aje.Cuba juga cari cewek tapi tak dapat.Belum pandai ayat lagi agaknya...tak apa semua itu adalah proses kematangan dalam hidup aku.Setelah itu kapal belayar menuju Eropah melalui Terusan Suez yang cukup terkenal itu.Tarikhnya aku kurang pasti tapi kami selamat sampai disana.Dan seperti biasa bagi kebanyakan pelaut,terpaksalah kami melayan kerenah pak Arab ni.Dia orang ni macam macam perangai yang ada.Bila masuk terusan Suez setiap kapal kena ambil Pak Arab ni bagi buat kerja pemasangan lampu di spotlight di haluan kapal.Mereka ni ambil kesempatan untuk buat perniagaan kecil kecilan.Jadi sempatlah kami beli belah barangan dia orang ni.Padahal kami tiada kesempatan untuk turun kedarat.Disepanjang terusan Suez ni berbagai bagai pemandangan yang indah indah kami nikmati.Kebanyakkannya berbeza dari apa yang ada ditanahair kita,sangat mengujakan.Deretan kebun kebun kurma dan perkampungan orang Arab dan disebelah Sinai pula kelihatan padang pasir gersang dan dipenuhi sisa sisa besi buruk,mungkin tinggalan perang atau pengorekan terusan.Panjangnya Terusan suez ni kira kira sehari perjalanan kapal.Kalau bertolak waktu awal pagi maka matahari terbenam barulah kami selesai melewati Terusan Suez ni.Pelabuhan hujungnya adalah Port Said diutara disebelah lautan Mediterranean.Jadi dari Port Said,perlayaran seterusnya merentasi lautan Mediterranean dengan menyelusuri utara Afrika dan Selat Gibraltar.Perlayaran melalui Lautan Mediterranean mengambil masa lebih kurang 3 hari.Dan seterusnya kami berlayar menempuh Bay of Biscay dilautan Atlantik lebih kuramg 2 hari.Seterusnya melalui Selat Inggeris(English Channel) yang terkenal dengan kederasan arus lautannya.Apatah lagi disini kesibukan kapal melaluinya memang dikenali oleh ramai pelaut.Bukan itu sahaja malah jarak penglihatan disini juga kurang disebabkan cuaca dan kabus yang meliputi terusan ini.Kami akan lebih berhati hati lagi apabila melewati perjalanan feri yang melintasi selat dari Calais(France) ke Dover (England).Dari Selat Inggeris kami belayar lagi menuju ke Laut Utara sebelum singgah di Bremenharven di Jerman Barat.Seterusnya kapal kami ke Hamburg,jadi dapatlah aku dan crew crew kapal turun kedarat.Bukan main seronoknya kami bila dapat menjejakkan kaki kedarat,sementelahan sebulan lebih kami meninggalkan Pelabuhan Pasir Gudang dan Belawan tempohari.Berbagai bagai keindahan alam kami kecapi dan nikmati...apatah lagi ianya anugerah Allah...Apa yang aku ingat,kami di Jerman pada bulan Ramadhan tahun 1990an....
No comments:
Post a Comment