Tuesday, December 15, 2009

BAHAGIANYA AKU BELAYAR DI BUNGA MELAWIS

Tanggal 20feb 1990,aku menjejakkan kakiku diatas kapal M.V Bunga Melawis.Sememangnya kapal jenis ini yang kuidamkan untuk belayar dengannya.Sementelahan pula bersama sama dengan aku,teman satu badge di ALAM dulu.Apatah lagi Third officer adalah senior aku semasa di S.M.T KL dulu.memang ngamlah kami.Seorang Kadet senior kami memang ok juga kepalanya.Namanya Abdul Rahim.Dia ni orang Kuantan,Pahang.Dia ni tua setahun dari aku dan sama umur dengan Third Mate diatas kapal ni.Third mate aku namanya Iskandar dan Kadet yang satu badge dengan aku tu namanya Noor Ismail,dia ni orang Parit,Perak.O.K jugalah kepalanya,sebab dia ni muda sikit dari aku.Walau apapun mereka ni semua membuat aku begitu bahagia.
Untuk pengenalannya,kapal yang aku belayar ni namanya M.V Bunga Melawis.Ini adalah kapal kargo pengangkut habuk kayu(woodchips carrier).Panjangnya 190m dibina pada tahun 1993.Kapten kapal pada waktu itu adalah Captain OOI.Beliau ni memang cukup terkenal dikalangan mat mat kapal MISC pada waktu itu.Boleh tahan juga buli beliau ni.Tapi pada aku,kira boleh campur juga.Sebagai seorang Kadet,belayar dengan beliau dikira enjoy juga.Jadi atas kapal ni kami kadet ada tiga orang,maka setiap watch empat jam kena buat setiap orang.Jadi aku akan buat watch dengan Third Mate Iskandar dari 8-12 dan 2000-2400.Kadet Noor Ismail akan buat watch dengan Second Mate Vijay 12-1600 dan 0000-0400,dan Kadet Abdul Rahim pula akan buat Watch bersama Chief Mate Ramotharan dari jam 4-8 dan 1600-2000.Begitulah kira kira pembahagian kerja kami atas kapal ni.Apabila masuk ke pelabuhan lain pula ceritanya,sebab adalah diantara kami kena overtime sikit,sebab kena standby untuk masuk pelabuhan.Banyak persiapan nak dibuat.Kalau masuk tempat panas ok juga,tapi kalau masuk Eropah leceh sikit sebab kat sana tu sejuk ditambah pula dengan tiupan angin.Apalagi merah telinga kami dibuatnya,tepi bibir dah pucat mengertap gigi.Tapi yang untungnya crew bahagian enginelah,mereka rasa selesa sebab ruangan engine sememengnya panas.Kami dibahagian dek ni beruntung sebab semua aktiviti memasuki pelabuhan dapat kami nikmati permandangannya.Kalau dilaut pula kami dapat menghirup udara yang segar setiap hari.
Ada diantara kami anak anak kapal ni yang baru belayar pertama kali.Yang seronoknya aku tengok dia orang ni mabuk laut,sebab kadang kadang aku pun tumpang mabuk juga.Tapi tidaklah seteruk seperti aku mula mula mabuk dulu.Aku akan menyesuaikan diri dengan mabuk ni dengan tidak membiarkan perut kosong.Chief Steward masa tu seorang cina,namanya Jimmy,orang panggil dia Jimmy kengkang,kepala dia botak sikit,umurnya sekitar 50an.Dia ok juga dengan kami.AB waktu itu Nur Alam dia ni orang Penang,Abdul Rahim dia ni orang Melaka dan seorang lagi Abdul Rahim juga tapi dia ni mungkin orang Johor.
Hari pertama aku naik kapal telah berada di Pelabuhan Pasir Gudang,Jadi kami bersantai di situ selama seminggu untuk memuatkan habuk kelapa sawit(Palm Kernel Oil Expeller).Seterusnya kami berlayar ke Belawan ,Indonesia.Memang seronok rasanya tempat ni,sebab ianya ala kekampungan sedikit.Masaallahnya banyak yang mengaku Batak kat sini,kira dia orang nak pau geng mat kapal ni tak kira dari mana saja.Seronoknya bila sampai kat pekan Belawan kami nampak tak ada beza dengan dia orangni,jadi selamat sikit.Seronok juga kami disana walaupun berada diBelawan selama seminggu.Pernah kami tontong duit sikit sorang dan buat makan besar disalah sebuah rumah dikampung kenalan Third mate aku ni.Dia orang ni kenal kat discoteque,lalu terjadilah cinta seminggu.Aku tumpung aje.Cuba juga cari cewek tapi tak dapat.Belum pandai ayat lagi agaknya...tak apa semua itu adalah proses kematangan dalam hidup aku.Setelah itu kapal belayar menuju Eropah melalui Terusan Suez yang cukup terkenal itu.Tarikhnya aku kurang pasti tapi kami selamat sampai disana.Dan seperti biasa bagi kebanyakan pelaut,terpaksalah kami melayan kerenah pak Arab ni.Dia orang ni macam macam perangai yang ada.Bila masuk terusan Suez setiap kapal kena ambil Pak Arab ni bagi buat kerja pemasangan lampu di spotlight di haluan kapal.Mereka ni ambil kesempatan untuk buat perniagaan kecil kecilan.Jadi sempatlah kami beli belah barangan dia orang ni.Padahal kami tiada kesempatan untuk turun kedarat.Disepanjang terusan Suez ni berbagai bagai pemandangan yang indah indah kami nikmati.Kebanyakkannya berbeza dari apa yang ada ditanahair kita,sangat mengujakan.Deretan kebun kebun kurma dan perkampungan orang Arab dan disebelah Sinai pula kelihatan padang pasir gersang dan dipenuhi sisa sisa besi buruk,mungkin tinggalan perang atau pengorekan terusan.Panjangnya Terusan suez ni kira kira sehari perjalanan kapal.Kalau bertolak waktu awal pagi maka matahari terbenam barulah kami selesai melewati Terusan Suez ni.Pelabuhan hujungnya adalah Port Said diutara disebelah lautan Mediterranean.Jadi dari Port Said,perlayaran seterusnya merentasi lautan Mediterranean dengan menyelusuri utara Afrika dan Selat Gibraltar.Perlayaran melalui Lautan Mediterranean mengambil masa lebih kurang 3 hari.Dan seterusnya kami berlayar menempuh Bay of Biscay dilautan Atlantik lebih kuramg 2 hari.Seterusnya melalui Selat Inggeris(English Channel) yang terkenal dengan kederasan arus lautannya.Apatah lagi disini kesibukan kapal melaluinya memang dikenali oleh ramai pelaut.Bukan itu sahaja malah jarak penglihatan disini juga kurang disebabkan cuaca dan kabus yang meliputi terusan ini.Kami akan lebih berhati hati lagi apabila melewati perjalanan feri yang melintasi selat dari Calais(France) ke Dover (England).Dari Selat Inggeris kami belayar lagi menuju ke Laut Utara sebelum singgah di Bremenharven di Jerman Barat.Seterusnya kapal kami ke Hamburg,jadi dapatlah aku dan crew crew kapal turun kedarat.Bukan main seronoknya kami bila dapat menjejakkan kaki kedarat,sementelahan sebulan lebih kami meninggalkan Pelabuhan Pasir Gudang dan Belawan tempohari.Berbagai bagai keindahan alam kami kecapi dan nikmati...apatah lagi ianya anugerah Allah...Apa yang aku ingat,kami di Jerman pada bulan Ramadhan tahun 1990an....

Monday, November 2, 2009

Aku Di M.V BUNGA MELAWIS

Tanggal 20feb 1990,aku selamat menjejakkan kakiku di atas kapal M.V Bunga Melawis.Pelabuhan Pasir Gudang masih menjadi pelabuhan dimana aku menjejakan kakiku diatas kapal buat kali kedua.Nakhoda kapal masa tu,berbangsa Cina..kalau dengar cerita beliau ni..kira strict sikit,tapi bila aku dah kenal baru aku faham,sebab dia o.k dengan aku.Bersama sama aku ada dua orang lagi kawan macam aku,saorang tu sama badge dengan aku dan saorang lagi tu senior sikit dari kami berdua.Tapi aku gembira sikit sebab kita orang sama kepala..kira o.k..lah.
Pegawai deck dan engine atas kapal waktu itu,boleh kata sama bangsa dengan aku...aku happy sikitlah..walaupun Kapten berbangsa Cina tapi aku boleh layan ikut kepala dia,sebab dia ni sekolah kat Indon.Jadi dia dah faham orang yang sama bangsa dengan aku.Kat atas kapal ni semua ada..Indon,Philipines,Ceylon,Cina Melayu ,India dan aku yang tentunya Melayu jati.Tapi pada waktu itu,aku rasa seronok sebab kami lebih muhibah.Tidak seperti sebelumnya semasa aku belayar di atas kapal M.T Bunga Sepang.Lebih lebih lagi kali ni aku belayar dengan kawan yang sama badge dengan aku.Bukan itu saja malah senior aku masa kat sekolah dulu pun sama dengan aku,tapi dia ni jadi 3rd Officer atas kapal waktu itu.Apa apa hal aku rujuk dengan dia.Tapi kami boleh kira satu hati dan satu kepala.Kat atas kapal ni,aku banyak menimba ilmu tentang kapal dan lautan.Kalau nak belajar memang banyak,bukan saja tentang kapal malah kehidupan.Kira merata tempatlah aku sampai.Bermula dari Pelabuhan Pasir Gudang,aku sampai di Pelabuhan Belawan,kat sebelah Sumatera Utara (SUMUT).Lama juga aku kat sana,lebih kurang dua minggu.Kat sana aku jumpalah beberapa orang kapal dari Malaysia,kami bertukar tukar cerita dan pengalaman.Sempat jugalah aku dan kawan kawan merayau diperkampungan di Belawan.Seingat aku,waktu itu hari jumaat dan kami sempat bertandang kerumah kenalan wanita,untuk makan makan besar.Ongkosnya kami sponsorlah..o.k juga..boleh tahan masakannya.Namanya Ning,sempat jugalah kawan aku ni angau.Lepas tu kami berlayar lagi menuju ke Terusan Suez dengan sarat muatan habuk kelapa sawit(Palm Oil cake).Dari Suez ke Port Said memakan masa satu hari perlayaran,termasuk waktu menunggu giliran.Bukan saja kat kaunter aje ada nombor tapi kat laut pun kami telah dan kena praktiskan.Sepanjang pelayaran melalui Terusan Suez ni,macam macam gelagat Pak Arab Suez ni kami perhatikan.Bila lalu kat Suez ni,Pak Arab ni kena ikut atas kapal sekali,sebab dah jadi undang undang dia orang yang kita kena ambil dia orang sebagai Watchman dan Boatman.Ini tak termasuk Pilot sekali.Maka atas kapal ni,dia orang berniaga...macam macam ada.Kami apalagi membeli belah sakanlah.Makanan,pakaian dan bermacam macam survenior lagi.Sepanjang Terusan Suez waktu itu,aku dapat perhatikan perkampungan kecil orang Arab Mesir,dengan tebing terusan yang berpasir dan pokok kurma.Kadang kadang diselang seli dengan bangkai kereta kebal disebelah Semenanjung Sinai.Dalam laluan kami,ianya terletak disebelah kanan.Semenanjung Sinai ni tak ada apa,cuma dipenuhi padang pasir waktu itu.Menjelang petang baru tiba di Port Said,maka bermulalah perlayaran kami ke Lautan Mediterranean.Tapi sebelum ini,aku dahpun berpengalaman berlayar di lautan ini.Dari sini kami menyusuri utara Afrika,melintasi beberapa negara seperti Mesir,Libya,Sudan,Algeria dan Morocco.Disebelah utara pula Italy,France dan Spain.Laluan Gibraltar dikira laluan sempit dan banyak kapal melaluinya.Tapi kat situ kami kena buat sistem laporan gerakan kapal(Vessel Traffic Management System) yang telah lama di praktiskan oleh masyarakat perkapalan di Eropah.Dari Selat Gibraltar yang terkenal dengan sejarah Islamnya dan kini telah lupus dibenua tersebut,kami merentasi teluk Bay Of Biscay,yang terkenal denga gelombang lautannya yang ganas,tak kira besar manapun kapal yang belayar pasti akan merasa akan kehebatannya.Apatah lagi kapal yang bersaiz kecil,aku tengok macam sabut aje.Kadang kadang aku terfikir juga betapa hebat dia orang ni menerjah lautan ganas ni.Mungkin mereka nilah keturunan bangsa pelaut yang meneroka dunia sebelah timur ni.Ataupun setidak tidaknya Benua Amerika atau Scandinivia.
Selanjutnya aku berlayar melalui Selat Inggeris yang terkenal dengan banyak kapal dan arus lautan yang deras.Tapi aku taklah tension sangat,sebab waktu tu,tanggungjawab aku taklah seberat pegawai,sebab aku cuma kadet aje.Aku cuma tumpang tumpang buat "watch",tambahan bila waktu malam,sebagai temankan pegawai dan AB(Able Bodied Seaman).Aku buat watch dengan 3rd mate...ahh..senior aku kat T.I KL,boleh lah lebih kurang aje..dia pun ok denga aku.
Dah dekat sebulan kaki aku tak jejak darat,rasanya tak sabar lagi nak merasa dan memijakkan kaki kat Hamburg,Jerman nanti.
29july 1990,maka aku pun sampai di Bremenhaufen,Bremen..kat Jerman lah.Bremen ni tak jauh dari Hamburg.Aku berpeluang juga mengemudikan kapal kat Bremen ni,sebab nak buat Steering Certificate...Captain akan endorse kan.Kapal pun siap alongside,aku dan beberapa teman tenang tenang aje,sebab kapal kami ni jenis Woodchip Carrier,jadi taklah sibuk sangat.Beberapa hari kemudian baru aku dapat peluang turun darat sama denga 3rd mate aku,kami sampai di Hamburg dengan menaiki Train monorail,bulan puasa pulak tu.Apalagi hari tu aku puasa separuh hari ajelah..almaklumlah kami ni kira musaffir.Sampai di Hamburg,aku merayaulah kat town,aku susur tepi pelabuhan,sempatlahlah aku ambil gambar dengan kapal dulu dulu.Nama kapal tu "RICKMER RICKMERS",warnanya hijau dan juga kapal penumpang.Kat Hamburg ni ada satu tempat,namanya Saint Pauli,tempatnya sempoi betul,mungkin perkataan sempoi ni diambil dari nama Saint Pauli ni agaknya.Aku dan 3rd Mate aku ni menyusuri lorong lorong kecil,tapi tingkap tingkapnya terdapat cermin cermin besar,macam nak pamerkan barang jualan.Rupa rupanya lorong lorong tulah dia orang simpan pompuan ni,masyaalah besarnya pompuan seksi pula tu.Dia punya bonser bukan main bengis lagi,jangan pandang lama lama,pernah aku kena maki dalam bahasa Jerman,sebab dia ingat aku Philipino...peduli apa aku...yang penting aku tak kacau dia.Aku nak tengok tengok aje.Dalam kocek aku banyak duit syiling 20 sen,sama besar dengan 2 Mark Jerman ni,apalagi...sampai aje aku kat sebuah premis,kat situ ada pempuan telanjang dalam cermin pusing,aku masukkan syiling tadi.Bukan lama pun seminit dua aje,lepas tu menyalalah lampu merah,menyatakan waktu telah tamat.Apa lagi,kalau nak tambahlah duit syiling tu...baru boleh tengok lama lama.Tapi tengok lama lama mana boleh tahan,perempuan tu goyang ,gelek sana,gelek sini...dia goda aku.Tak apa,sebab dia dalam cermin pusing,nak sentuh tak boleh...tak apa ..tengok pun jadilah...tambah dosa bulan puasa.Astaghfirullah.....sudahnya,puasa aku entah kemana..selesai aje aku melangkah keluar dari tempat tersebut,maka aku bertemu lagi dengan beberapa anak kapal yang sekapal dengan aku.Tapi aku tak tanya pun mereka dari mana dan hendak kemana.Yang pastinya kami pulang kekapal bersama sama dengan membawa pengalaman masing masing.Segalanya aku simpan dalam kotak ingatan untuk dijadikan sebahagian pengalaman kehidupan...

Saturday, October 31, 2009

Kali Pertama Kujejakan Kakiku Dikapal

Kali pertama kakiku menjejaki kapal M.T Bunga Sepang.Seterusnya membawa pengalaman pertamaku belayar ditengah tengah lautan ganas.Di Pelabuhan Pasir Gudang aku menaiki kapal tersebut bersama anak kapal lain.Kami semalaman berada didalam keretapi menuju ke selatan tanah air.Bersama sama aku juga,terdapat beberapa orang yang boleh diambil kira sepengalaman macam aku.Kami berlayar kira kira jam 10 malam,menuju ke Jeddah,dengan membawa muatan minyak kelapa sawit.Sepanjang laluan Selat Melaka kurasakan ada sedikit ketenangan.Dua hari selepasnya baru aku dapat merasakan nikmatnya menjadi sebagai Pelaut yang sebenarnya.Aku mulai merasakan mabuk laut sebagaimana yang mereka perkatakan sebelum ini.Apa yang ku makan tidak selera lagi untuk kutelan.Apa yang ada ku mamah termuntah kukeluarkan.Apatah lagi aku diberikan tugas mengecat ruang mandi, dan tandas kapal bertambahlah rasa mual dan pening pening aku.Celaka! punya Chief Mate berbangsa India,jahanam kau!...dia buli aku.Tak apa!..suatu hari nanti pasti aku akan nampak pembalasannya.Kalau diambil kira kebanyakan pegawai berbangsa Keling Hindu ni..lah..kecuali Captain adalah sikit sikit keturunan mamak.Captain tak adalah sangat buli aku,tapi celaka punya Hindu yang dua tiga kerat ni,dia boleh buli aku yang berbangsa Melayu nie.Ada jugalah yang berbangsa macam aku,tapi mereka ni pangkat tak ada,kira kuli aje.Dia orang ni nak sokong aku terang terang tak bolehlah.tapi kalau aku ada cukup kroni mungkin juga aku nak buang aje mereka ni kat laut.Lama juga lah aku atas kapal ni,sampai aku pusing setengah dunia.Merasa jugalah aku sampai dibeberapa pelabuhan dunia.Mula mula aku singgah kat Jeddah,Suez Canal,Rotterdam,lansung ke Rio Grande,Brasil lalu terus ke Shanghai, China dan kembali ke Singapore.Apa yang aku dapat tahu,golongan Hindu ni benci dengan aku lalu aku dihantar pulang di Singapore.Tapi tak apalah,pada aku ,aku bersyukur...Alhamdulillahhh....Sekurang kurangnya aku lebih selamat kerana tak buang dia orang ni kelaut.Lama jugalah aku kat darat.Kira kira 3 bulan baru aku dipanggil untuk belayar atas kapal lain.