Monday, November 2, 2009

Aku Di M.V BUNGA MELAWIS

Tanggal 20feb 1990,aku selamat menjejakkan kakiku di atas kapal M.V Bunga Melawis.Pelabuhan Pasir Gudang masih menjadi pelabuhan dimana aku menjejakan kakiku diatas kapal buat kali kedua.Nakhoda kapal masa tu,berbangsa Cina..kalau dengar cerita beliau ni..kira strict sikit,tapi bila aku dah kenal baru aku faham,sebab dia o.k dengan aku.Bersama sama aku ada dua orang lagi kawan macam aku,saorang tu sama badge dengan aku dan saorang lagi tu senior sikit dari kami berdua.Tapi aku gembira sikit sebab kita orang sama kepala..kira o.k..lah.
Pegawai deck dan engine atas kapal waktu itu,boleh kata sama bangsa dengan aku...aku happy sikitlah..walaupun Kapten berbangsa Cina tapi aku boleh layan ikut kepala dia,sebab dia ni sekolah kat Indon.Jadi dia dah faham orang yang sama bangsa dengan aku.Kat atas kapal ni semua ada..Indon,Philipines,Ceylon,Cina Melayu ,India dan aku yang tentunya Melayu jati.Tapi pada waktu itu,aku rasa seronok sebab kami lebih muhibah.Tidak seperti sebelumnya semasa aku belayar di atas kapal M.T Bunga Sepang.Lebih lebih lagi kali ni aku belayar dengan kawan yang sama badge dengan aku.Bukan itu saja malah senior aku masa kat sekolah dulu pun sama dengan aku,tapi dia ni jadi 3rd Officer atas kapal waktu itu.Apa apa hal aku rujuk dengan dia.Tapi kami boleh kira satu hati dan satu kepala.Kat atas kapal ni,aku banyak menimba ilmu tentang kapal dan lautan.Kalau nak belajar memang banyak,bukan saja tentang kapal malah kehidupan.Kira merata tempatlah aku sampai.Bermula dari Pelabuhan Pasir Gudang,aku sampai di Pelabuhan Belawan,kat sebelah Sumatera Utara (SUMUT).Lama juga aku kat sana,lebih kurang dua minggu.Kat sana aku jumpalah beberapa orang kapal dari Malaysia,kami bertukar tukar cerita dan pengalaman.Sempat jugalah aku dan kawan kawan merayau diperkampungan di Belawan.Seingat aku,waktu itu hari jumaat dan kami sempat bertandang kerumah kenalan wanita,untuk makan makan besar.Ongkosnya kami sponsorlah..o.k juga..boleh tahan masakannya.Namanya Ning,sempat jugalah kawan aku ni angau.Lepas tu kami berlayar lagi menuju ke Terusan Suez dengan sarat muatan habuk kelapa sawit(Palm Oil cake).Dari Suez ke Port Said memakan masa satu hari perlayaran,termasuk waktu menunggu giliran.Bukan saja kat kaunter aje ada nombor tapi kat laut pun kami telah dan kena praktiskan.Sepanjang pelayaran melalui Terusan Suez ni,macam macam gelagat Pak Arab Suez ni kami perhatikan.Bila lalu kat Suez ni,Pak Arab ni kena ikut atas kapal sekali,sebab dah jadi undang undang dia orang yang kita kena ambil dia orang sebagai Watchman dan Boatman.Ini tak termasuk Pilot sekali.Maka atas kapal ni,dia orang berniaga...macam macam ada.Kami apalagi membeli belah sakanlah.Makanan,pakaian dan bermacam macam survenior lagi.Sepanjang Terusan Suez waktu itu,aku dapat perhatikan perkampungan kecil orang Arab Mesir,dengan tebing terusan yang berpasir dan pokok kurma.Kadang kadang diselang seli dengan bangkai kereta kebal disebelah Semenanjung Sinai.Dalam laluan kami,ianya terletak disebelah kanan.Semenanjung Sinai ni tak ada apa,cuma dipenuhi padang pasir waktu itu.Menjelang petang baru tiba di Port Said,maka bermulalah perlayaran kami ke Lautan Mediterranean.Tapi sebelum ini,aku dahpun berpengalaman berlayar di lautan ini.Dari sini kami menyusuri utara Afrika,melintasi beberapa negara seperti Mesir,Libya,Sudan,Algeria dan Morocco.Disebelah utara pula Italy,France dan Spain.Laluan Gibraltar dikira laluan sempit dan banyak kapal melaluinya.Tapi kat situ kami kena buat sistem laporan gerakan kapal(Vessel Traffic Management System) yang telah lama di praktiskan oleh masyarakat perkapalan di Eropah.Dari Selat Gibraltar yang terkenal dengan sejarah Islamnya dan kini telah lupus dibenua tersebut,kami merentasi teluk Bay Of Biscay,yang terkenal denga gelombang lautannya yang ganas,tak kira besar manapun kapal yang belayar pasti akan merasa akan kehebatannya.Apatah lagi kapal yang bersaiz kecil,aku tengok macam sabut aje.Kadang kadang aku terfikir juga betapa hebat dia orang ni menerjah lautan ganas ni.Mungkin mereka nilah keturunan bangsa pelaut yang meneroka dunia sebelah timur ni.Ataupun setidak tidaknya Benua Amerika atau Scandinivia.
Selanjutnya aku berlayar melalui Selat Inggeris yang terkenal dengan banyak kapal dan arus lautan yang deras.Tapi aku taklah tension sangat,sebab waktu tu,tanggungjawab aku taklah seberat pegawai,sebab aku cuma kadet aje.Aku cuma tumpang tumpang buat "watch",tambahan bila waktu malam,sebagai temankan pegawai dan AB(Able Bodied Seaman).Aku buat watch dengan 3rd mate...ahh..senior aku kat T.I KL,boleh lah lebih kurang aje..dia pun ok denga aku.
Dah dekat sebulan kaki aku tak jejak darat,rasanya tak sabar lagi nak merasa dan memijakkan kaki kat Hamburg,Jerman nanti.
29july 1990,maka aku pun sampai di Bremenhaufen,Bremen..kat Jerman lah.Bremen ni tak jauh dari Hamburg.Aku berpeluang juga mengemudikan kapal kat Bremen ni,sebab nak buat Steering Certificate...Captain akan endorse kan.Kapal pun siap alongside,aku dan beberapa teman tenang tenang aje,sebab kapal kami ni jenis Woodchip Carrier,jadi taklah sibuk sangat.Beberapa hari kemudian baru aku dapat peluang turun darat sama denga 3rd mate aku,kami sampai di Hamburg dengan menaiki Train monorail,bulan puasa pulak tu.Apalagi hari tu aku puasa separuh hari ajelah..almaklumlah kami ni kira musaffir.Sampai di Hamburg,aku merayaulah kat town,aku susur tepi pelabuhan,sempatlahlah aku ambil gambar dengan kapal dulu dulu.Nama kapal tu "RICKMER RICKMERS",warnanya hijau dan juga kapal penumpang.Kat Hamburg ni ada satu tempat,namanya Saint Pauli,tempatnya sempoi betul,mungkin perkataan sempoi ni diambil dari nama Saint Pauli ni agaknya.Aku dan 3rd Mate aku ni menyusuri lorong lorong kecil,tapi tingkap tingkapnya terdapat cermin cermin besar,macam nak pamerkan barang jualan.Rupa rupanya lorong lorong tulah dia orang simpan pompuan ni,masyaalah besarnya pompuan seksi pula tu.Dia punya bonser bukan main bengis lagi,jangan pandang lama lama,pernah aku kena maki dalam bahasa Jerman,sebab dia ingat aku Philipino...peduli apa aku...yang penting aku tak kacau dia.Aku nak tengok tengok aje.Dalam kocek aku banyak duit syiling 20 sen,sama besar dengan 2 Mark Jerman ni,apalagi...sampai aje aku kat sebuah premis,kat situ ada pempuan telanjang dalam cermin pusing,aku masukkan syiling tadi.Bukan lama pun seminit dua aje,lepas tu menyalalah lampu merah,menyatakan waktu telah tamat.Apa lagi,kalau nak tambahlah duit syiling tu...baru boleh tengok lama lama.Tapi tengok lama lama mana boleh tahan,perempuan tu goyang ,gelek sana,gelek sini...dia goda aku.Tak apa,sebab dia dalam cermin pusing,nak sentuh tak boleh...tak apa ..tengok pun jadilah...tambah dosa bulan puasa.Astaghfirullah.....sudahnya,puasa aku entah kemana..selesai aje aku melangkah keluar dari tempat tersebut,maka aku bertemu lagi dengan beberapa anak kapal yang sekapal dengan aku.Tapi aku tak tanya pun mereka dari mana dan hendak kemana.Yang pastinya kami pulang kekapal bersama sama dengan membawa pengalaman masing masing.Segalanya aku simpan dalam kotak ingatan untuk dijadikan sebahagian pengalaman kehidupan...